Syarat Utama! Slalu Baca!"Iqro"baik Teks atau Keadaan Sekitar Kita. Kosongkan Gelas Pikiran Anda, Kunyah Dulu Sampai Halus .Saring Ilmu Yang Anda Baca/Dapatkan, Mau Berpikir. Rasakan,secara akal sehat,pikiran,batin dll (Ilmu Kuwi Kanthi Laku).Masing2 Individu Memaknai Ilmu TIDAK SAMA.Berdaulatlah Penuh Pada Diri Pribadimu! Selamat Membaca, Ambil maknanya.Disini Tidak Melayani Perdebatan.Semua Demi Kebaikan "Kebecikan" untuk seluruh Makluk Ciptaan-NYA.(Buka dari Laptop/Komputer)
Rabu, 16 Januari 2019
-Sembahyang Taqwa
SEMBAHYANG TAQWA
PERTAMA" Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil . Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.
KEDUA". Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.
KETIGA". Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba). Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telahmenjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu)
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91)
KEEMPAT". Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil.
3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.
1. Insan kamil – Insan ketuhanan.
2. Insan kamil wa mukammil – Insan bertaraf Muham mad (Mahmudah).
3. Insan mukammil – Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.
KELIMA".Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Al lah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.
KEENAM". Kita berkata didalam hati `Tiada Zat aku hanya Zat Allah,tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud ak u hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaikbaiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya. Firman Allah: Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya (An-Nahl 89)
KETUJUH". Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan `tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). ARAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, ARRAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
DELAPAN". Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana seba gai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLA HU AKBAR)
MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
FERTAMA". Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu :
1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah
2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah(aluamah)
3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah
4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah
5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah
KEDUA". Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.
KETIGA". Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahalasembahyang daiem 150,000 setiap hari. Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:
1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat
2. Qiam itu pelita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur
4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur
5. Ruku’ itu permaidani didalam ku bur
6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan
7 . Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.
8. Duduk dianta ra dua sujud itu payung di Padang Mahsyar
9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar
10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir
11. Selawat it u bertemu dengan Nabi Muhammad saw
12. Salam itu membuka pintu syurga
13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga Bererti setiap perbuatankita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.
KEEMPAT". Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas t erhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:
1. Hajis – ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah
2.
Khatir – terlint as hati kepada tujuan yang berganda
Waham – ertinya was-was lemah ilmu dan iman (tiga perkara diatas adalah kerja syaitan) Berniat wajib:
Huzur – ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
Azam – cita-cita yang putus . Sedar tanggungjawab
Duhul – ertinya sedia tiada halangan
Kasad – ertinya hajat (menunaikan amanah) Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiad a bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam. Didalam niat itu: Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang
3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.
4. Meeraj Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat. Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita(Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan ke pada Adam yang sedia,barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita. Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaituserahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah). Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah. Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.
5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.
6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, `Apat, syirik.
7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak) 8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.
1. Asal Allah d aripada Zat
2. Usul Allah daripada Sifat
3. Asal kita daripada Nyawa
4. Usul kita adalah hati
9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.
10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud danIktidal.
11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang di sebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.
(Sumber : Postingan di Beranda FB Msprayitno)
https://www.facebook.com/msprayitno.msprayitno.1
Repost by : Suyadi Jossmart (www.jossmart.com)
Klik : https://sinaurosorogo.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar